Hantar Notis Tuntutan dengan tiga langkah mudah

Hantar Notis Tuntutan dengan tiga langkah mudah

1. Pilih jenis tuntutan anda
2. Kami sediakan draf tuntutan
3. Hantar dan tunggu maklum balas

Bagaimana menyelesaikan tunggakan hutang?

Hantar notis tuntutan
Tunggu maklum balas
Rundingan hutang
Selesai / tidak selesai
Jika tidak, failkan saman!

Nak buat tuntutan?

Soalan-Soalan Lazim

Apa itu Tuntut.my?

Tuntut.my adalah sebuah platform di mana platform ini melantik peguam bagi pihak untuk membuat tuntutan hutang secara menyeluruh bagi tuntutan antara syarikat (B2B) dalam pelbagai bidang di mana pemberi hutang akan dibantu dalam merancang tuntutan hutangnya, atas perkhidmatan yang diberikan dan apa-apa jenis pembayaran tertunggak yang ingin dituntut oleh pelanggan kami daripada penghutang masing-masing. Sistem pengurusan tuntutan secara dalam talian kami membolehkan pelanggan mengurus dan mengendali kes-kes hutang 24 jam sehari, 365 hari setahun.


Tuntut.my adalah sebuah sistem tuntutan hutang dalam talian yang mudah. Sistem tuntutan hutang yang komprehensif ini dikendalikan oleh pengutip hutang kami yang mahir dan pakar dalam undang-undang dan amalan setempat. Dengan melantik kami untuk menguruskan proses tuntutan, anda boleh memberikan sepenuh tumpuan kepada urusan harian anda.

Kami bekerja keras membantu anda mengekalkan hubungan dengan pelanggan yang sudah lama terjalin dan proses tuntutan kami yang terbaik telah memberikan hasil yang positif dalam perniagaan mereka. Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengharungi sebarang cabaran dalam tuntutan hutang dengan kos yang paling efektif.

Kami mengendalikan rangkaian perolehan dalam industri ini dengan sokongan infrastruktur IT kami. Dengan akses ke portal dalam talian kami, anda boleh memantau status akaun dan proses tuntutan hutang anda pada bila-bila masa dan tempat yang sesuai untuk anda.


Peguamcara kami akan menghantar notis tuntutan pembayaran terhadap penghutang. Ia merupakan satu amalan untuk membuktikan kepada mahkamah bahawa semua usaha kutipan sebelum perbicaraan tidak membuahkan hasil melalui surat-menyurat sebelumnya dengan penghutang.

Untuk memulakan prosiding undang-undang, kami memerlukan:

  • Salinan sebarang kontrak antara kedua-dua pihak (termasuk perjanjian untuk timbang tara dan bidang kuasa) – Invois-invois;

  • Penyata akaun yang jelas menunjukkan pembayaran dan nota kredit yang telah dibayar terhadap invois-invois tertunggak; dan

  • Sebarang kontrak atau terma dan syarat yang mengikat diantara kedua-dua pihak.

Lanjutan dari proses tuntutan hutang di atas, kami mungkin memerlukan dokumen yang lain, seperti salinan kontrak, pesanan, pengesahan, nota penghantaran, dan invois. Kesemua tersebut akan diminta jika diperlukan.

Sekiranya berlaku pertikaian, semua catatan perbualan antara anda dan penghutang melalui surat dan e-mel yang dapat membantu peguamcara kami harus disimpan. Sekiranya terdapat rundingan lisan, kami mungkin perlu mengadakan perjumpaan atau membuat catatan mengenai apa yang telah dipersetujui.

Sekiranya semua tuntutan secara baik tidak dilayan, kami akan menasihati pelanggan untuk mengambil tindakan undang-undang. Peguamcara kami akan menghantar pernyataan tuntutan sebanyak nilai hutang kepada penghutang. Penghutang boleh mempertahankan prosiding ini secara formal dalam masa empat belas (14) hari, yang akan memberi impak pada kos dan tempoh masa yang terlibat.


Surat tuntutan tidak mahal. Lazimnya antara RM160.00 hingga RM200.00.

Ringkasan Aliran Kerja Kami

Ringkasan Aliran Kerja Kami